Saturday 23 March 2013

ingat

Bismillahirrahmanirrahim~

                      السلام عليكم


uihhhhh lamenye tak update blog. hmm hmm tak sempat le...
aku kalau nak update blog ni kena amek masa sikit nak cari ilham lagi. *ilham lah sangat. :3

dua tiga minggu ni seriously busy gile macam hape dengan kelas dengan kuiz dengan test
dengan assignment yang berlambak especially assignment PT II. ahaha..terima kasih kat Dr. Ruhaidah 
kerana assigment mu diriku jadi begitu berharga. xD totally falling in love with Programming Technique II. lol :3 tambah lagi dengan aktiviti dekat site. phewww 

lumrah hidup bergelar student or mahasiswa. kata nak Berjaya Dunia Akhirat. kenaalah
pandai bahagikan masa untuk belajar Ilmu Duniawi & Ilmu Ukhwrawi(Agama) *eh betul ke aq cakap ni? tolong betulkan aku kalau salah ye. ^^y..

erk erk.. yang sebenarnya hari ni Earth Our. apa dah tetibe berada dalam kegelapan. oh warga2 KTR mengapa begini?
kok ditutup suiz utamanya?... haihhhh. nasib baik lah bilik aku ni betul2 ngadap jalan tempat tunggu bas takdelah sunyi. da la dok sorang. #forever #alone ehek ehek. 

ok sambung cita tadi.

cerita pasal ilmu agama. semalam aku gi ceramah kat DSI. disebabkan lama dah takgi atas
kekangan masa dan masalah-masalah yang menghalang aku tekad nak pegi hari tu ngn Su. 

ok. actually aku memang tak tau ape topik tok minggu ni, sampai-sampai je sana nampak dekat slide show 
ada tulis pasal kawen. xD dalam hati aku selok sengeh-sengeh. mandang pasal kahwin sokmo.

minggu ni sesi II punya ceramah. last week aku terlepas sesi I tentang persediaan sebelum berkahwin.
ok. rasa macam rugi sikit tak pi. even aku tak tau bila aku kawin or what so ever.
tapi bagi aku ilmu-ilmu macam ni sangat lah penting untuk kita sume demi membina sebuah keluarga Sakinah. 
ehehem.. gaya macam nak kawin dah. haha ;D

pada hari tu aku dapat la input pasal poligami, nafkah, dan hak sebagai seorang isteri. cerai taklik, fasakh sume tu penting.

kenapa aku kata penting? 
sebab perkahwinan tu bukan soal main-main. kahwin tu bukan untuk sehari dua je. tapi...
kenalah sampai syurga.

Penceramah adalah seorang peguam mahkamah syariah. memang banyak kes dia dah uruskan.
banyak dia kongsi walaupun tak sume.

satu perkara yang diingatkan kat kami sume :
      
  "    zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. kalau kita kena pukul dengan suami,       kena sepak dsb. kita kena beritahu pada mak ayah kita supaya mereka boleh jadi       saksi. pastu terus buat laporan polis and jumpa doktor. "

korang-korang yang bakal jadi suami isteri, yang dah bertunang and yang bakal bertunang tu
rajin-rajinkanlah diri pegi ceramah tuntut ilmu ni sebagai persediaan.ingat , hubungan 
lepas perkahwinan tu tak sama macam masa korang bercinta indahhhh
je. tak.. ada pahit ada manis." tu lah ayat yang salu aku dengar bila pegi 
ceramah topik kawen. hmmm ingat kena ingat dan kena ingat. kena amik tahu dan jangan amik mudah. 

jangan terlalu taksub dengan cinta sebelum nikah. apa yang penting adalah cinta kita pada 
Pencipta(Allah).


Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.

 Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" 

sekian. : )