Monday 5 August 2013

Jangan pergi, plis!

Pejam celik, pejam celik tup tup dah nak raya.
Haa aku pun xcaya ni betul ke dah 5 hari bulan. dua tiga kali cek kalendar kalau boleh sume kalendar aku nak p cek. haha xD Siap besaqkan mata tengok kalendar.
Perasan macam baru aritu puasa baru 2hari. Cepat masa berlalu,dah nak pergi tinggalkan kita sume




memangla belum hari akhir puasa lagi. tapi aku nak gak letak gambaq lagi satu nih. muehehe 


Sedih rasa bila puasa nak abis dah. Sangat bermakna puasa kali ni
Lagipun puasa tahun ni puasa kat negeri orang. 
Negeri Bandaraya Bersejarah. So, banyak gaklah sejarah yg tercipta sepanjang aku pose kat sini.
Pengalaman berterawih kat tempat orang dan yg sewaktu dengannye. *malahai nak cite sume :P
Memang takkan dilupakan lah saat-saat kelakar, ngeri  waktu pegi balik keja sume tu xD

Hopefully dapat lagi jumpa Ramadhan tahun depan.
Semoga Ramadhan taon depan lebih bermakna.
Ameen~

***

Yang sebenaqnya hari ni aku balik kampung. kampung mana lagiiiii ruma aku la. mane ad mak mertua. 
lol -,-

Doakan selamt perjalanan aku yee.

tak sabar rasenye nak balik sebab err sadis nih.
adik aku yg kecik nuh haaa. bape lme dah taknak ckp ngan aku setiap kali aku call. sobs T.T
majuk benar si kecik tuh.

hmmm, dikesempatan bulan puasa yg mulia ni
Fitrah nak menyusun sepuluh jari kaki jari tangan memohon ampun kalau ado salah dan
silap selama ni harap dimaafkan.
Halalkan makan minum, kalau ado hutang boleh lah datang menuntut di kaunter pungutan zakat fitrah. lol
Gurau je. haha. datanglah tuntut. ngee~ ^^,

Yang tak bayar zakat tu cepat-cepat tunaikan kewajipan anda yeee.

Yang nak drive balik kampung tak kire la pakcik bas ke, pakcik teksi ke, makcik jual kuih kee
Silalah memandu dengan berhati-hati dan  berhemah.
Ingatlah orang yg tersayang. :)





jejemputlah datang ruma ye (:

btw, thanks ye yg awal2 dah jemput datang beraye ruma tu. haa mne jalan mrr2 tu.
insyaAllah lah ye. hee teringin jugak senanye nak p. haha. *mengades luls. :p

Till Then


Salam ingatan tulus dan ikhlas,
Maaf zahir & batin.





Saturday 3 August 2013

Hati

rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

tak semua benda yang kita buat dapat puaskan hati semua orang,
dan tak semua orang dapat puaskan hati kita.

ye, tu lah hakikat fitrah manusia.
kadang kita nampak orang tu ok, tapi dalaman dia Allah je tahu.
kadang bila kita buat suatu perkara ada orang fikir kita macam tu macam ni sedangkan niat dan tujuan kita yg sebenar hanya Allah yg tahu.

dari pandangan orang lain tu lah yg boleh membuatkan kita rasa kurang senang
sebab kita tak tau apa niat dan tujuan sebenar orang tu.

tapi kalau apa yg kita buat tu dengan niat yg betul
jangan risau,
insyaAllah Allah tolong.

tapi kalau niat tu dah tak betul better cepat2 perbetulkan niat.



"Kadangkala Allah  memakbulkan permintaan kita  dengan tidak memberikan  apa yg kita harapkan kerana Dia Maha Tahu bahaya yg akan menimpa disebalik  keinginan kita"


INGAT,
setiap perkara yg kita buat akan mendapat dugaan dr Allah.
Allah sengaja nak menduga hati hambaNya
adakah kita sabar dengan setiap ujian yg Dia bagi?
adakah kita bersyukur & mengambil iktibar dgn apa yg terjadi?
adakah kita mengeluh bila setiap kali diuji?
semua tu akan dinilai.

jangan lupa doa setiap kali lepas solat supaya diberi petunjuk dan diberikan hati yg sabar dalam melakukan sesuatu perkara.

fikir-fikirkan lah.
Selamat berpuasa.
Sekian (: