Friday 19 April 2013

Rezeki. Sabar :)

Bismillahirrahmanirrahim..




alhamdulillah, syukur sebab masih dikurniakan kesempatan untuk hidup kat bumi Allah ni.

Jumaat. 19 April 2013.

Hari yang penuh barokah. Penghulu segala hari.
Pagi agak kelam-kabut sikit tapi alhamdulillah.. rezeki hari yang sangat mulia ni aku dapat 
panggilan telefon. "Permohonan telah diluluskan". alhamdulillah.

Rezeki tu kan hak Allah. 

Sabar dengan Rezeki saling berkait.

Usaha pun penting tau :)

orang yang sabar akan dapat ganjarannya. nikmat yang Allah bagi tu jangan pula kita salah guna.
kalau Allah nak tarik balik nikmat tu sekejap je, bila-bila pun boleh.
Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu sebenarnya boleh jadi satu bentuk ujian
untuk kita. Allah nak uji sama ada kita ni lupa atau tak kat DIA lepas dapat nikmat-nikmat tu sume.

banyak cara Allah nak uji hamba-hamba DIA. cume kita je.
sedar tak sedar. sooooo.... as a muslim, kalau kita benar-benar mengaku kita ni
hamba Allah, kita mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w, BUKTIKAN.

macam mana nak buktikan?

cuba hayati lirik lagi Syukur - Raihan ni :
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
          Syukur itu sifat mulia 
          Hindar dari tamak haloba
          Rasa cukup apa yang ada
          Hati tenang hidup sejahtera
          Mari amalkan rasa bersyukur 
          Hidup bahgia, aman dan makmur 

kalau kita tengok kat lirik lagu tu mesti kita dapat faham sikit or banyak.
even nikmat or rezeki yang Allah bagi tu nampak macam sikit bagi kita, tapi kalau kita bersyukur,
sentiasa taat pada Allah, sentiasa tunjukkan usaha untuk jadi mukmin yang baik,
kita akan sentiasa rasa apa yang ada sekarang ni cukup sangat-sangat walaupun tak dapat banyak macam kita mahukan.

berbeza pulak dengan orang yang tak bersyukur dengan apa yang dia dah ada.
padahal banyak sangat apa yang dia ad tu. makan cukup minum cukup tidur cukup, sumenyeee cukup.
tapi.... kalau dia tak bersyukur, tak taat pada Allah, lupa pada Allah, tak mungkin dia 
akan dapat rasa nikmat cukup dengan apa yang dah sedia ada tu.



tapi,

kalau apa yang kita mintak kat Allah selama masih lagi tak dapat, jangan
jangan putus asa. sebab Allah suka pada orang yang bersabar. kalau kita sabar, inshaaAllah 
Allah akan bagi lebih daripada tu.
mana kita tawu kan?
Ingat..
Rezeki tu hak Allah. :)



"Be patient, you will realize that the wait was worth it, if it was for the sake of Allah." 

Kenapa rezeki susah nak masuk? Click this

Sekian, Salam Jumaat (:



Thursday 4 April 2013

Bukan Ustazah

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari Khamis 
4 April 2013 M  bersamaan 23 JamadilAwal 1434 H 


     Hari pertama untuk aku. hari pertama rasa macam baru dilahirkan. 
Alhamdulillah, semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.

ye, aku percaya ramai yang hairan dan pelik bila ternampak aku kat sekitar UTM harini.

ermm.. tak tau nak cakap macam mana. mungkin ada yang terlintas 
macam-macam andaian dalam kepala mereka-mereka yang ternampak aku.

ada je yang menegur. ada jugak yang mendoakan aku.

Alhamdulillah.. terima kasih pada yang mendoakan pada yang menasihati aku.
thanks for all your support.

mesti ada yang nak tahu, kenapa?

Allah tu Maha Mengetahui apa yang aku rasa. apa yang aku pernah lalui
actually, dah lama dah niat nak berhijrah macam ni..
since dari matrikulasi dulu. :)

cumanya mulut je cakap tapi hati masih tak nak buat.
haaaa. acano tu? o.0

yeee.. memang selama ni aku menutup aurat. tapi tak sempurna. dulu.. 
tak pernah pun aku ada rasa sedikit rasa bersalah pun even pakai tudung dengan berpakaian
yang ketat, jarang.
senang cakap tak cukup syarat lahkan....

alkisahnya semua ni mungkin melalui perantaraan yang Allah dah 
tentukan untuk aku. semua nye jadi masa aku kat matrikulasi. rasa bersyukur sangat
sebab ada roommate-roommate yang baik-baik.

hati aku terasa tersedar masa roommate katil sebelah aku jadi AJK 
untuk program apa tah udah lupa lah.
yang aku pasti sume berkaitan dengan wanita lah. tapi ada je aktiviti yang lelaki boleh join.

time tu Hanis ngah sebuk dok edit-edit bidio tuk 
montage kotttt. aihhh sume bende da lupe. huhhh -_-"

sudden aku tergerak nak mengacau dia buat kerja dia tuh.
mulalah sebuk nak dok belek-belek bidio yang ada tuh. sebab aku tak dapat join
satu pun aktiviti masa hari kejadian sebab aku balik Melaka.

dan sudah-sudah belek banyak bidio yang aku tengok
semua berkaitan dengan wanita. 
Aurat Wanita/Perempuan!

sejak dari hari aku tengok semua bidio tu aku rasa satu 
kesedaran yang selama ni sebenarnya dah sedia tahu depan mata cuma
aku yang keras kepala hati batu degil nakal.
hmmm..........

dan sejak tu aku suka cari bidio-bidio yang macam tu.
dalam banyak-banyak, yang paling berkesan dan paling aku suka dan sampai
sekarang aku still tengok walaupun dah beratus kali.

sebab apa?

sebab aku nak sentiasa ingat dan terus melekat dalam kepala.
aku suka dengar apa yang BRO M cakap dalam bidio nih.yang lain-lain pun suka gaklah
^_~

cer tengok bidio ni Pengakuan Berani Mati Pasal Aurat Wanita by student UIA. 



aku tak dapat jelaskan apa yang aku rasa.
korang kenalah usaha sendiri sampai dapat rasa nikmat macam apa yang aku rasa nih.
:)

aku tak mintak dipuji dan aku tak mahu dipuji atas apa yang aku buat.
aku pun masih baru lagi.
cuma aku mohon korang sume doakan penghijrahan aku ni kekal sampai hujung nyawa aku.
InsyaAllah. :)

lagipun koleksi tak banyak nih.. tengah usaha. hehe.. ^^y

sebagai penutup, aku nak korang tengok lah bidio Diana Amir.. 
sape yang dah tengok tu tengok jelah lagi. jadikan sebagai terbiyah eh, yeke nih? sorry ye kalau salah cakap.mintak betulakan. tq :) 




sekian. wassalam. xD