Thursday 5 September 2013

Bukan Yang Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim ~

Sejak dilahirkan dari sekecil-kecil kaki sebesar dua jari ibu,
hari berganti hati, dari sekecik-kecik badan sampai sebesar-besar badan,
tapi tak jugak besar. Tang tuu ja kecik cenonet.

Bersyukur Alhamdulillah~  :D
dengan saiz badan ssebesar nilah macam benda dah aku belajar.

Pengalaman menjadikan aku seorang yg lebih matang
seorang yg boleh berfikir jauh 
seorang yg boleh berfikir sebelum bertindak
tapi kekadang terlajak jugak.

Life is what we make it, always has been, always will be.  ~Grandma Moses

well, kita cuma manusia biasa je bukan malaikat
but we need to improve ourself,
everyday, anytime, anywhere.
InsyaAllah ~

Till then.
Assalamualaikum :)



Monday 5 August 2013

Jangan pergi, plis!

Pejam celik, pejam celik tup tup dah nak raya.
Haa aku pun xcaya ni betul ke dah 5 hari bulan. dua tiga kali cek kalendar kalau boleh sume kalendar aku nak p cek. haha xD Siap besaqkan mata tengok kalendar.
Perasan macam baru aritu puasa baru 2hari. Cepat masa berlalu,dah nak pergi tinggalkan kita sume




memangla belum hari akhir puasa lagi. tapi aku nak gak letak gambaq lagi satu nih. muehehe 


Sedih rasa bila puasa nak abis dah. Sangat bermakna puasa kali ni
Lagipun puasa tahun ni puasa kat negeri orang. 
Negeri Bandaraya Bersejarah. So, banyak gaklah sejarah yg tercipta sepanjang aku pose kat sini.
Pengalaman berterawih kat tempat orang dan yg sewaktu dengannye. *malahai nak cite sume :P
Memang takkan dilupakan lah saat-saat kelakar, ngeri  waktu pegi balik keja sume tu xD

Hopefully dapat lagi jumpa Ramadhan tahun depan.
Semoga Ramadhan taon depan lebih bermakna.
Ameen~

***

Yang sebenaqnya hari ni aku balik kampung. kampung mana lagiiiii ruma aku la. mane ad mak mertua. 
lol -,-

Doakan selamt perjalanan aku yee.

tak sabar rasenye nak balik sebab err sadis nih.
adik aku yg kecik nuh haaa. bape lme dah taknak ckp ngan aku setiap kali aku call. sobs T.T
majuk benar si kecik tuh.

hmmm, dikesempatan bulan puasa yg mulia ni
Fitrah nak menyusun sepuluh jari kaki jari tangan memohon ampun kalau ado salah dan
silap selama ni harap dimaafkan.
Halalkan makan minum, kalau ado hutang boleh lah datang menuntut di kaunter pungutan zakat fitrah. lol
Gurau je. haha. datanglah tuntut. ngee~ ^^,

Yang tak bayar zakat tu cepat-cepat tunaikan kewajipan anda yeee.

Yang nak drive balik kampung tak kire la pakcik bas ke, pakcik teksi ke, makcik jual kuih kee
Silalah memandu dengan berhati-hati dan  berhemah.
Ingatlah orang yg tersayang. :)





jejemputlah datang ruma ye (:

btw, thanks ye yg awal2 dah jemput datang beraye ruma tu. haa mne jalan mrr2 tu.
insyaAllah lah ye. hee teringin jugak senanye nak p. haha. *mengades luls. :p

Till Then


Salam ingatan tulus dan ikhlas,
Maaf zahir & batin.





Saturday 3 August 2013

Hati

rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

tak semua benda yang kita buat dapat puaskan hati semua orang,
dan tak semua orang dapat puaskan hati kita.

ye, tu lah hakikat fitrah manusia.
kadang kita nampak orang tu ok, tapi dalaman dia Allah je tahu.
kadang bila kita buat suatu perkara ada orang fikir kita macam tu macam ni sedangkan niat dan tujuan kita yg sebenar hanya Allah yg tahu.

dari pandangan orang lain tu lah yg boleh membuatkan kita rasa kurang senang
sebab kita tak tau apa niat dan tujuan sebenar orang tu.

tapi kalau apa yg kita buat tu dengan niat yg betul
jangan risau,
insyaAllah Allah tolong.

tapi kalau niat tu dah tak betul better cepat2 perbetulkan niat.



"Kadangkala Allah  memakbulkan permintaan kita  dengan tidak memberikan  apa yg kita harapkan kerana Dia Maha Tahu bahaya yg akan menimpa disebalik  keinginan kita"


INGAT,
setiap perkara yg kita buat akan mendapat dugaan dr Allah.
Allah sengaja nak menduga hati hambaNya
adakah kita sabar dengan setiap ujian yg Dia bagi?
adakah kita bersyukur & mengambil iktibar dgn apa yg terjadi?
adakah kita mengeluh bila setiap kali diuji?
semua tu akan dinilai.

jangan lupa doa setiap kali lepas solat supaya diberi petunjuk dan diberikan hati yg sabar dalam melakukan sesuatu perkara.

fikir-fikirkan lah.
Selamat berpuasa.
Sekian (:

Friday 19 April 2013

Rezeki. Sabar :)

Bismillahirrahmanirrahim..




alhamdulillah, syukur sebab masih dikurniakan kesempatan untuk hidup kat bumi Allah ni.

Jumaat. 19 April 2013.

Hari yang penuh barokah. Penghulu segala hari.
Pagi agak kelam-kabut sikit tapi alhamdulillah.. rezeki hari yang sangat mulia ni aku dapat 
panggilan telefon. "Permohonan telah diluluskan". alhamdulillah.

Rezeki tu kan hak Allah. 

Sabar dengan Rezeki saling berkait.

Usaha pun penting tau :)

orang yang sabar akan dapat ganjarannya. nikmat yang Allah bagi tu jangan pula kita salah guna.
kalau Allah nak tarik balik nikmat tu sekejap je, bila-bila pun boleh.
Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu sebenarnya boleh jadi satu bentuk ujian
untuk kita. Allah nak uji sama ada kita ni lupa atau tak kat DIA lepas dapat nikmat-nikmat tu sume.

banyak cara Allah nak uji hamba-hamba DIA. cume kita je.
sedar tak sedar. sooooo.... as a muslim, kalau kita benar-benar mengaku kita ni
hamba Allah, kita mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w, BUKTIKAN.

macam mana nak buktikan?

cuba hayati lirik lagi Syukur - Raihan ni :
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
          Syukur itu sifat mulia 
          Hindar dari tamak haloba
          Rasa cukup apa yang ada
          Hati tenang hidup sejahtera
          Mari amalkan rasa bersyukur 
          Hidup bahgia, aman dan makmur 

kalau kita tengok kat lirik lagu tu mesti kita dapat faham sikit or banyak.
even nikmat or rezeki yang Allah bagi tu nampak macam sikit bagi kita, tapi kalau kita bersyukur,
sentiasa taat pada Allah, sentiasa tunjukkan usaha untuk jadi mukmin yang baik,
kita akan sentiasa rasa apa yang ada sekarang ni cukup sangat-sangat walaupun tak dapat banyak macam kita mahukan.

berbeza pulak dengan orang yang tak bersyukur dengan apa yang dia dah ada.
padahal banyak sangat apa yang dia ad tu. makan cukup minum cukup tidur cukup, sumenyeee cukup.
tapi.... kalau dia tak bersyukur, tak taat pada Allah, lupa pada Allah, tak mungkin dia 
akan dapat rasa nikmat cukup dengan apa yang dah sedia ada tu.



tapi,

kalau apa yang kita mintak kat Allah selama masih lagi tak dapat, jangan
jangan putus asa. sebab Allah suka pada orang yang bersabar. kalau kita sabar, inshaaAllah 
Allah akan bagi lebih daripada tu.
mana kita tawu kan?
Ingat..
Rezeki tu hak Allah. :)



"Be patient, you will realize that the wait was worth it, if it was for the sake of Allah." 

Kenapa rezeki susah nak masuk? Click this

Sekian, Salam Jumaat (:



Thursday 4 April 2013

Bukan Ustazah

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari Khamis 
4 April 2013 M  bersamaan 23 JamadilAwal 1434 H 


     Hari pertama untuk aku. hari pertama rasa macam baru dilahirkan. 
Alhamdulillah, semua yang terjadi adalah dengan izin Allah.

ye, aku percaya ramai yang hairan dan pelik bila ternampak aku kat sekitar UTM harini.

ermm.. tak tau nak cakap macam mana. mungkin ada yang terlintas 
macam-macam andaian dalam kepala mereka-mereka yang ternampak aku.

ada je yang menegur. ada jugak yang mendoakan aku.

Alhamdulillah.. terima kasih pada yang mendoakan pada yang menasihati aku.
thanks for all your support.

mesti ada yang nak tahu, kenapa?

Allah tu Maha Mengetahui apa yang aku rasa. apa yang aku pernah lalui
actually, dah lama dah niat nak berhijrah macam ni..
since dari matrikulasi dulu. :)

cumanya mulut je cakap tapi hati masih tak nak buat.
haaaa. acano tu? o.0

yeee.. memang selama ni aku menutup aurat. tapi tak sempurna. dulu.. 
tak pernah pun aku ada rasa sedikit rasa bersalah pun even pakai tudung dengan berpakaian
yang ketat, jarang.
senang cakap tak cukup syarat lahkan....

alkisahnya semua ni mungkin melalui perantaraan yang Allah dah 
tentukan untuk aku. semua nye jadi masa aku kat matrikulasi. rasa bersyukur sangat
sebab ada roommate-roommate yang baik-baik.

hati aku terasa tersedar masa roommate katil sebelah aku jadi AJK 
untuk program apa tah udah lupa lah.
yang aku pasti sume berkaitan dengan wanita lah. tapi ada je aktiviti yang lelaki boleh join.

time tu Hanis ngah sebuk dok edit-edit bidio tuk 
montage kotttt. aihhh sume bende da lupe. huhhh -_-"

sudden aku tergerak nak mengacau dia buat kerja dia tuh.
mulalah sebuk nak dok belek-belek bidio yang ada tuh. sebab aku tak dapat join
satu pun aktiviti masa hari kejadian sebab aku balik Melaka.

dan sudah-sudah belek banyak bidio yang aku tengok
semua berkaitan dengan wanita. 
Aurat Wanita/Perempuan!

sejak dari hari aku tengok semua bidio tu aku rasa satu 
kesedaran yang selama ni sebenarnya dah sedia tahu depan mata cuma
aku yang keras kepala hati batu degil nakal.
hmmm..........

dan sejak tu aku suka cari bidio-bidio yang macam tu.
dalam banyak-banyak, yang paling berkesan dan paling aku suka dan sampai
sekarang aku still tengok walaupun dah beratus kali.

sebab apa?

sebab aku nak sentiasa ingat dan terus melekat dalam kepala.
aku suka dengar apa yang BRO M cakap dalam bidio nih.yang lain-lain pun suka gaklah
^_~

cer tengok bidio ni Pengakuan Berani Mati Pasal Aurat Wanita by student UIA. 



aku tak dapat jelaskan apa yang aku rasa.
korang kenalah usaha sendiri sampai dapat rasa nikmat macam apa yang aku rasa nih.
:)

aku tak mintak dipuji dan aku tak mahu dipuji atas apa yang aku buat.
aku pun masih baru lagi.
cuma aku mohon korang sume doakan penghijrahan aku ni kekal sampai hujung nyawa aku.
InsyaAllah. :)

lagipun koleksi tak banyak nih.. tengah usaha. hehe.. ^^y

sebagai penutup, aku nak korang tengok lah bidio Diana Amir.. 
sape yang dah tengok tu tengok jelah lagi. jadikan sebagai terbiyah eh, yeke nih? sorry ye kalau salah cakap.mintak betulakan. tq :) 




sekian. wassalam. xD



Saturday 23 March 2013

ingat

Bismillahirrahmanirrahim~

                      السلام عليكم


uihhhhh lamenye tak update blog. hmm hmm tak sempat le...
aku kalau nak update blog ni kena amek masa sikit nak cari ilham lagi. *ilham lah sangat. :3

dua tiga minggu ni seriously busy gile macam hape dengan kelas dengan kuiz dengan test
dengan assignment yang berlambak especially assignment PT II. ahaha..terima kasih kat Dr. Ruhaidah 
kerana assigment mu diriku jadi begitu berharga. xD totally falling in love with Programming Technique II. lol :3 tambah lagi dengan aktiviti dekat site. phewww 

lumrah hidup bergelar student or mahasiswa. kata nak Berjaya Dunia Akhirat. kenaalah
pandai bahagikan masa untuk belajar Ilmu Duniawi & Ilmu Ukhwrawi(Agama) *eh betul ke aq cakap ni? tolong betulkan aku kalau salah ye. ^^y..

erk erk.. yang sebenarnya hari ni Earth Our. apa dah tetibe berada dalam kegelapan. oh warga2 KTR mengapa begini?
kok ditutup suiz utamanya?... haihhhh. nasib baik lah bilik aku ni betul2 ngadap jalan tempat tunggu bas takdelah sunyi. da la dok sorang. #forever #alone ehek ehek. 

ok sambung cita tadi.

cerita pasal ilmu agama. semalam aku gi ceramah kat DSI. disebabkan lama dah takgi atas
kekangan masa dan masalah-masalah yang menghalang aku tekad nak pegi hari tu ngn Su. 

ok. actually aku memang tak tau ape topik tok minggu ni, sampai-sampai je sana nampak dekat slide show 
ada tulis pasal kawen. xD dalam hati aku selok sengeh-sengeh. mandang pasal kahwin sokmo.

minggu ni sesi II punya ceramah. last week aku terlepas sesi I tentang persediaan sebelum berkahwin.
ok. rasa macam rugi sikit tak pi. even aku tak tau bila aku kawin or what so ever.
tapi bagi aku ilmu-ilmu macam ni sangat lah penting untuk kita sume demi membina sebuah keluarga Sakinah. 
ehehem.. gaya macam nak kawin dah. haha ;D

pada hari tu aku dapat la input pasal poligami, nafkah, dan hak sebagai seorang isteri. cerai taklik, fasakh sume tu penting.

kenapa aku kata penting? 
sebab perkahwinan tu bukan soal main-main. kahwin tu bukan untuk sehari dua je. tapi...
kenalah sampai syurga.

Penceramah adalah seorang peguam mahkamah syariah. memang banyak kes dia dah uruskan.
banyak dia kongsi walaupun tak sume.

satu perkara yang diingatkan kat kami sume :
      
  "    zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. kalau kita kena pukul dengan suami,       kena sepak dsb. kita kena beritahu pada mak ayah kita supaya mereka boleh jadi       saksi. pastu terus buat laporan polis and jumpa doktor. "

korang-korang yang bakal jadi suami isteri, yang dah bertunang and yang bakal bertunang tu
rajin-rajinkanlah diri pegi ceramah tuntut ilmu ni sebagai persediaan.ingat , hubungan 
lepas perkahwinan tu tak sama macam masa korang bercinta indahhhh
je. tak.. ada pahit ada manis." tu lah ayat yang salu aku dengar bila pegi 
ceramah topik kawen. hmmm ingat kena ingat dan kena ingat. kena amik tahu dan jangan amik mudah. 

jangan terlalu taksub dengan cinta sebelum nikah. apa yang penting adalah cinta kita pada 
Pencipta(Allah).


Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.

 Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" 

sekian. : )

Saturday 23 February 2013

Saat Kejatuhan

 Assalamu Alaikum Warahmathullahi Wabarakathuh :)

الحمد لله  terang sungguh UTM arini setelah berhari-hari hujan sejuk umpama dok obesi huhuuu الحمد لله  genap seminggu aku sebagai belogger yang tak bape nak belog sangat. hihi ^.^

hmm.  Sepanjang seminggu ni macam-macam dah jadi. actually, aku baru je baik demam. الحمد لله sebab da elok sikit hari niii. Subhanallah... tak penah kot aku demam terok gini. empat hari. lama kotttt. lamalaa bagi orang yang jarang demam macam aku nii. u_u *ehh chop choppp.. jarang ke?? jarang la sangattttt.

gembira sangat sebab dah tak terok macam dua hari lepas.  \(^,^)/

     btw, terima kasih sangat-sangat kat Hanis Najwa a.k.a my classmate and coursemate. (terasa nak mention tapi ragu-ragu takot dia tak selesa pulak. heee ) thanx mokk sebab jage aku masa saket terok aritu.

 kalau tengok condition aku ritu hmmmm da macam udang dalam microwave kottt. merah muka macam pakai blusher sokmo. kat muka je. satu muka merah padam. dengan mata berair-air macam orang menangis. dengan hingus yang tetibe muncul aleh-alehhh je meleleh sekali dengan air mata. suhu badan kejap naik kejap turun tak menentu da macam kena bencana alam je. *ehehek selekeh nyeee lahai aku aritu. 

bak kata Tiara, "kenapa kau? da macam zombi". zombi pon booooleh lah Tiara. ahai nak wat guane dah kesejukan melampau sampai jalan pon macam zombi. -,-

tak mintak ponnn nak demam macam niii huwaaaaa T.T  tak memasal aku dok melepek atas tilam 24hours dengan harapan ada orang datang tanya pasal aku.

 الحمد لله, doa aku termakbul sebab Hanis datang mai anta buah yang aku pesan dek kerana takde selera langsung nak makan plus tak taw apa yang patot aku makan and apa yang aku nak makan. 

part yang paling menyentuh hati sekali bila Hanis datang bawak gayung dengan tuala kecik tok tuam kepala aku. ehh japp. bukan kepala je. tangan kaki dll. dengan mata yang sedia kala berair ni tak semena-mena *amboi skema pulak la kannnn. ^..^ aku menangis. 

seronok jugak jadi orang sakit ni. seronok laaa kalau ada orang yg sudi jagee. bole request apa-apa jee. nak demand-demand pon bolehhh. hehe.

huuuuuuu terharu sangat sebab ada orang prihatin kat aku. buat aku teringat dekat rumet-rumet KMNS dulu. 


Hanis tanya : "hang nangis ke?"
Aku jawab : "er, tak lahh. mata aku kan panas berair-air dari tadi."
*haa eloklahhh. da saket-saket pon nak menipu lagi. diingatkan kepada para pembaca. SILA JANGAN TIRU AKSI INI. tak baik taw ^_~ hee.

dan yang paling tak patotnya dah hari ke-empat dah nak baik baru nak pi klinik. heee. tu pon sebab kena warning ngan abah sebab tak jumpa doktor risaw takot-takot bukan demam biase. HAMEKAW kena sekolahkan dengan abah. :P

sekali pegi klinik haa AMEKAW ubat berpapan-papan. 


ohh crap. dok cerita-cerita pasal ubat baru teringat GELUSIL tak makan lagi. (ubat terbaru bg aku sebab baru pestime makan nih. muehehe.) *lelaju amek dan kunyah-kunyah macam chewing gum. brrr :3 'enak banget', berangin tapi tapiiiii. muke berkerut-kerut nak menghabiskan sebijik ubat. lagi sedap PAPASE kotttt macam gula-gula betul. gase nak makannn je even tak de bengkak-bengkak. hehek. >.<

punca aku demam bagai : dokter kate aku kurang minum air. perot salu sakit sebab banyak asid sebab tak jaga makan. 

heee. memang pon. makan ekot suka hatiii je. korang-korang, banyakkan lah minum air. air masak ye bukan air manis bergula tuuuu. salu-salu lah makan ekot time. jangan jadi macam aku nih sudah tersodok baru nak terngadah. *suke ati aku je kann rosakkan peribahasa melayu nih. ^^y

apa-apa pon walau kita sakit, ada masalah or whatever dugaan yang datang menimpa,sakit terok sampai tak boleh nak bangun janganlah sampai kita lupa tok doa and mohon pada Dia sebab hanya Dia yang mampu tunaikan hasrat kita. ada hikmah disebalik setiap kejadian.

When problems are so big and your strength is no longer enough to carry them, don't give up!Because, Where your strength ends,The Grace of ALLAH begins!!!

Thanks for reading. :D

ehh sebelum tu nih nak promot sat. 



next entry aku akan kongsi satu hari masa hari ni. insyaAllah :))

p/s : gerai tuu aku tak sure. gasenye dah tak available lagi.

sekiannnnnnnn :D kaki oden dah kobas dah ni. ngeeee :P


Monday 18 February 2013

"Noktah Cinta"


Tadaaaaaaaaa! :D

hahaa. entry yg kedua. *peace ^^y


Orait!

mesti korang pelik kann tetibe je tajuk post aku pasal "Noktah Cinta". ahaaaaa! lupe lettew lupe lettewwwww. *ehh tergedik pulekkkk.ngee ^.^

ehhh, jap..... haha. apela Fitrah niiii. memang patutla korang tak ingat apa-apa. bile pulakkan aku cakap pasal "Noktah Cinta" kat dalam blog ni. muehehehe *sengeh kerang busuk

Okaylaaaa. ingat tak lagi aku cakap aku pi Kompleks Ikram Negeri Johor tu? haaaa ingat dah kannn :D

la ni aku nak share ngan korang tentang input yg aku dapat. yg sempat aku salin dekat slide.



SESI 1 : "Persiapan Muslimah Menjelang Pernikahan"
(by Ustazah Shaidah Sheikh Ahmad)

5 Persiapan Sebelum Pernikahan
  • Persiapan ilmu pengetahuan
                           Ilmu qabla 'amal, ilmu qabla iman.
               1. Hak & kewajipan suami isteri.
               2. Ilmu pendidikan.
               3. Ilmu kesihatan.
               4. Hukum, etika, dan hukum ujian pernikahan & kerumahtanggaan.

               Peranan suami - Ketua keluarga dan pemimpin yg bertanggungjawab atas segala urusan                                                           
                                           keluarga.
                                        - Mesti mempunyai akhlak yg mulia, tekun ibadah.
                                        - Selalu cari jalan untuk gembirakan keluarga dll.

  • Persiapan spiritual (ruhiyah)
             - Mantapnya niat dan langkah untuk menikah.
             - Tak rasa bimbang dan ragu.
             - Siap dgn segala risiko dan akibat pasca menikah.

  • Persiapan moral & spiritual (mentalis - psikologi)
             Bahan bakar spiritual anda..
                   1. Cinta syurga, takutlah azabnya.
                   2. Amal spiritual, meningkatkan kualiti ibadah : solat, infaq, sedekah.
                         -memperbaiki diri secara iltizam.

  • Persiapan fizikal (Jasadiyah)
  • Persiapan material (Maaliyah)
  • Persiapan sosial

Langkah tuju ikhlas
   -  Maknai kembali aplikasi ikhlas.
   -  Buat checklist aplikasi keikhlasan anda :
          saat jodoh belum kunjung tiba, 
          saat calon tak sempurna yg diharapkan,
          saat org tua tak meralakan,
          suami buat salah dsb.

               Bersiaplah...
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaknya setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"       
                                                                                                                          ( 59 : 18 )
 Sekian tu je yg dapat aku kongsi sebab SESI II dgn SESI 3 aku dok ngangoo je sebab dia more tu sesi soal jawab. and disebabkan aku terlampau khusyuk sgt dengaq sampai takde gase nak menulis. heeeee ^^,

mesti korang pelik la kan apesal aku p dengar ceramah pasal rumahtangga ni? 

ehehem! mungkin sebab sebelum ni aku gatai sangat nak menikah tapi tapiiiiiiiiii, haha. malas cite.  *cihh padahal xde calon lagi. haha XD

ahaaa. senanye aku tak kesa ceramah apa ponnn. tapi mungkin jugak la Allah da aturkan supaya aku belajar dulu ilmu kawen-kawen ni sebab memang xdapat nak dinafikan kebanyakan ceramah yg kalau aku pegi mesti ada cite kawennnn sokmo. hekhekhek 

harap-harap dapatla bagi manfaat sikit tok sape2 yg dah bertunang and yg nak menikah tuu. :D 
 sekiannnnnn. xoxo :P

p/s : Ustazah pesan : sape-sape yg lambat dpt jodoh tuuu kenalah redha. redha dgn ketentuannya.

        Doa Redha

            اَللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَ لُكَ بِكَ نَفْسًا مُطْمَئِنَّةً تُوءْمِنُ بِلِقاَءِكَ وَتَرْضَى بِقَضَاءِكَ وَتَقْنَعُ بِعَطَاءِكَ

                 نَفْسًا = jiwa
                مُطْمَئِنَّةً = tenang



for those yg nak tengok gambar or nak join program seterusnya boleh klik je kat sini 

Saturday 16 February 2013

mukadimah

17 Februari 2013 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1434H.
 بسم الله الرحمن الرحيم


syukur Alhamdulillah aku berjaya create post yg pertama. wahhhhhh :O 

OK!

actually aku tak taw nk post ap sekarang sebab kepenatan yg melampau hari ni. niat nak menge'post' content pegi ceramah hari ni terbantut sbb mata aku lebih tertarik kt katil yg empuk tuh.

after bangun dari tidoq aku teros menaip. ambboihhhh sejuknya lah kan UTM nih. >.<

macam mane aku bole tergerak nak buat blog ni haa??

hmmm, ni sume gara-gara peristiwa yg jd pagi tadi dan peristiwa-peristiwa yg menimpa aku sebelum-sebelum nihh plus kalau aku asek post kat twitter or fb kemungkinan besar aku akan di bash (betul ke aku eja ni?) oleh follower-follower aku. *sambil garu-garu pipi kanan. tetibe ---> AAAAAAAAAAAAA! gupenye aku dah tergaru part yg ada jerawat yg baru nak masak ranum. hah AMEKAW JAJAN. sakit gileee woiiii >.<"

okay, back to our business. *usha keluar tingkap jap. eh, sudden ternampak kawan/'kawan yg  nak anggap kawan masa baru kawan'. haha mengarut dah. hmm rutin harian dia tetap sama dari hari first aku kenal dia dulu. DULU??

ha laaahhh aku dah tak contact montact dahh ngan dia after dia buat aku rasa aku ni macam bitch. what the heckkk! 


ehhh, wait waittttt. aku tak salahkan dia. benda nak jadi. "kun fayakun (kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia)". Allahu akbar, Allah nak tunjuk kat aku sebelum aku 'terjatuh'. lagipun kan kita cuma manusia biasa. mampu merancang. but Allah yg tentukan.

 Humans make plans, but Allah grants them.
aku redha apa yg jadi............

eh, aku ni da lai tajuk. hahahahaha. :D

okayy okayyyy. balik cerita pagi tadi. kali ni betul-betul punya. heeeee. *peace ^^y

 otw nak ke Kompleks Ikram Negeri Johor sambil didendangkan dengan lagu Maher Zain *xtaw pulak tajuk dia apa. di dalam sebuah kereta anak Dr. Azizah (perlu ke aku mention. hehe) tetibe satu ketenangan datang menerpa. tak semena-mena aku senyum sorang-sorang. sambil hati berlagu riang aku soal diri aku sendiri.

 "kenapa mesti aku nak bersedih dengan apa yg aku tak dapat miliki, sedangkan banyak lagi nikmat yang Allah bagi yg xde nilai yg setanding. kenapa aku tak bersyukur? kenapa aku nak merintih menangis pada benda yg belum tentu lagi jadi milik aku. sekarang aku sedar yg selama ni apa yg ada ni dah cukup bagi aku.... Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah bukak mata hati aku. tapi aku tak pena menyesal dgn segala apa yg jadi sebab aku caye ada hikmah disebalik sume tu. "


Allah’s planning is better than your own, so let Him see from you a determined patience, & you'll soon see from Him what will give you joy

ok lah.
rsenye tu je mukadimah tok blog aku yg baru di'create' nihh. hihi XD

ni first time aku ber-blogging tak penah dalam seumur hidup aku sebelum ni. heeee.

maaplah penulisan agak tak memuaskan.

sekiannnnnnnnnnn... XD