Friday 19 April 2013

Rezeki. Sabar :)

Bismillahirrahmanirrahim..




alhamdulillah, syukur sebab masih dikurniakan kesempatan untuk hidup kat bumi Allah ni.

Jumaat. 19 April 2013.

Hari yang penuh barokah. Penghulu segala hari.
Pagi agak kelam-kabut sikit tapi alhamdulillah.. rezeki hari yang sangat mulia ni aku dapat 
panggilan telefon. "Permohonan telah diluluskan". alhamdulillah.

Rezeki tu kan hak Allah. 

Sabar dengan Rezeki saling berkait.

Usaha pun penting tau :)

orang yang sabar akan dapat ganjarannya. nikmat yang Allah bagi tu jangan pula kita salah guna.
kalau Allah nak tarik balik nikmat tu sekejap je, bila-bila pun boleh.
Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu sebenarnya boleh jadi satu bentuk ujian
untuk kita. Allah nak uji sama ada kita ni lupa atau tak kat DIA lepas dapat nikmat-nikmat tu sume.

banyak cara Allah nak uji hamba-hamba DIA. cume kita je.
sedar tak sedar. sooooo.... as a muslim, kalau kita benar-benar mengaku kita ni
hamba Allah, kita mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w, BUKTIKAN.

macam mana nak buktikan?

cuba hayati lirik lagi Syukur - Raihan ni :
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
          Syukur itu sifat mulia 
          Hindar dari tamak haloba
          Rasa cukup apa yang ada
          Hati tenang hidup sejahtera
          Mari amalkan rasa bersyukur 
          Hidup bahgia, aman dan makmur 

kalau kita tengok kat lirik lagu tu mesti kita dapat faham sikit or banyak.
even nikmat or rezeki yang Allah bagi tu nampak macam sikit bagi kita, tapi kalau kita bersyukur,
sentiasa taat pada Allah, sentiasa tunjukkan usaha untuk jadi mukmin yang baik,
kita akan sentiasa rasa apa yang ada sekarang ni cukup sangat-sangat walaupun tak dapat banyak macam kita mahukan.

berbeza pulak dengan orang yang tak bersyukur dengan apa yang dia dah ada.
padahal banyak sangat apa yang dia ad tu. makan cukup minum cukup tidur cukup, sumenyeee cukup.
tapi.... kalau dia tak bersyukur, tak taat pada Allah, lupa pada Allah, tak mungkin dia 
akan dapat rasa nikmat cukup dengan apa yang dah sedia ada tu.



tapi,

kalau apa yang kita mintak kat Allah selama masih lagi tak dapat, jangan
jangan putus asa. sebab Allah suka pada orang yang bersabar. kalau kita sabar, inshaaAllah 
Allah akan bagi lebih daripada tu.
mana kita tawu kan?
Ingat..
Rezeki tu hak Allah. :)



"Be patient, you will realize that the wait was worth it, if it was for the sake of Allah." 

Kenapa rezeki susah nak masuk? Click this

Sekian, Salam Jumaat (:



No comments:

Post a Comment