Saturday 3 August 2013

Hati

rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

tak semua benda yang kita buat dapat puaskan hati semua orang,
dan tak semua orang dapat puaskan hati kita.

ye, tu lah hakikat fitrah manusia.
kadang kita nampak orang tu ok, tapi dalaman dia Allah je tahu.
kadang bila kita buat suatu perkara ada orang fikir kita macam tu macam ni sedangkan niat dan tujuan kita yg sebenar hanya Allah yg tahu.

dari pandangan orang lain tu lah yg boleh membuatkan kita rasa kurang senang
sebab kita tak tau apa niat dan tujuan sebenar orang tu.

tapi kalau apa yg kita buat tu dengan niat yg betul
jangan risau,
insyaAllah Allah tolong.

tapi kalau niat tu dah tak betul better cepat2 perbetulkan niat.



"Kadangkala Allah  memakbulkan permintaan kita  dengan tidak memberikan  apa yg kita harapkan kerana Dia Maha Tahu bahaya yg akan menimpa disebalik  keinginan kita"


INGAT,
setiap perkara yg kita buat akan mendapat dugaan dr Allah.
Allah sengaja nak menduga hati hambaNya
adakah kita sabar dengan setiap ujian yg Dia bagi?
adakah kita bersyukur & mengambil iktibar dgn apa yg terjadi?
adakah kita mengeluh bila setiap kali diuji?
semua tu akan dinilai.

jangan lupa doa setiap kali lepas solat supaya diberi petunjuk dan diberikan hati yg sabar dalam melakukan sesuatu perkara.

fikir-fikirkan lah.
Selamat berpuasa.
Sekian (:

No comments:

Post a Comment